Di kesempatan ini saya ingin mengucapkanSelamat Hari Raya Maaf Zahir Batin
Kepada semua pengunjung-pengunjung blog ini
Penternakan Kambingan
![]() ALI (kiri) dan Mat Yazid memberi kambing makan. |
Projek JPH beri pendapatan RM800 hingga RM1,500 sebulan
KUALA TERENGGANU: Ketabahan empat penternak yang dipilih menternak kambing di Gugusan Lembah Kaprima Kampung Chabang, Kertih, Kemaman, ternyata berbaloi apabila mereka kini memperoleh pendapatan bersih antara RM800 dan RM1,500 sebulan.
Walaupun pada mulanya 40 peserta Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT) dipilih menyertai projek percubaan dikendalikan Jabatan Perkhidmatan Haiwan (JPH) sejak tiga tahun lalu, tetapi hanya empat peserta kekal mengusahakan ternakan berkenaan.Selanjutnya

KEGIGIHAN sepasang suami dan isteri warga emas menternak kambing dan lembu wajar menjadi contoh kepada semua orang.
Bayangkan dalam usia emas, Abd. Ghafar Endol, 70, dan isterinya, Khariah Abd. Majid, 60, masih gigih bekerja.
Mungkin bagi kebanyakan orang, dalam usia sebegini, mereka patut berehat di rumah bersama anak menantu dan cucu tanpa perlu bekerja. Selanjutnya
